Khamis, 13 Julai 2017

Giveaway Nurul & Friends


Subuh ini, hati terdetik untuk menyertai giveaway nurul & friends. Sekadar nak memeriahkan suasana, dan update blog dengan menyertai giveaway. Kalau menang, lagi best.

Hadiahnya, saya tak ingat, yang pasti Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah Wang ringgit. Selain Wang ringgit, hadiah yang lain memang tak ingat. Haha, apa apa pun, yang nak join giveaway nurul & friends, boleh klik banner kat atas tu. Sekian.


Selasa, 11 Julai 2017

Handphone Huawei Rosak Dan Terima Kasih Elsa

Dipendekkan cerita, handphone huawei saya rosak, asik nak update, update dan update. Last sekali, saya malas dah nak update. Beli Barulah, angkat ZTE blade A510 offer dari digi, nak beli Samsung J7, tak mampu, kalau mampu pun saya tidak akan beli, membazir. Hand phone nih bagus ke? Saya tidak tahu, baru sehari pakai, tunggulah saya buat review.

Ok, baru baru ini saya menang GA Dari blog elsaalicious. Terima kasih elsa, walaupun saya lambat sedikit respon dengan emel yang dikirim. Dia beri tempoh 3 hari tapi saya balas emel dia pada hari kelima. Ok, itu sajalah untuk hari ini, sekian.

Sabtu, 8 Julai 2017

Cabut Gigi Ubat Mujarab Untuk Sakit Gigi

Tidak tahan dengan sakit gigi yang saya alami, akhirnya memaksa saya kembali untuk membuat pemeriksaan gigi kali kedua dan doktor gigi membuat keputusan untuk mencabut gigi yang sakit.

Pelik, hari tu kata tak boleh cabut lagi, tunggu kesakitan gigi itu berhenti. Tapi kali ini lain pula jadinya, doktor menjelaskan, gigi saya sudah boleh cabut kerana cengkaman gigi sudah longgar dan tidak lagi boleh ditampal.

Macam biasa, proses bius perlu dilakukan. habis mulut saya hilang deria rasa, dengan dua kali sentap, maka hilanglah sebatang gigi gerham yang paling besar, sekaligus memusnahkan harapan saya untuk mengunyah tulang ayam semasa makan.

Hari pertama gigi hilang, memang ada patangnya, antaranya tidak boleh makan atau minum yang panas-panas, tidak boleh berkumur, tidak boleh mengangkat benda-benda yang berat, tidak boleh gentel bahagian gigi yang hilang menggunakan lidah, dan apa saja yang boleh mendatangkan mudarat. 

Jadi, dua tiga hari nih, makanan yang paling best ialah aiskrim, sebabnya kesakitan seakan berhenti bila benda sejuk masuk dekat mulut. hari keempat, kesakitan hilang, benarlah kata doktor, sakit dua tiga hari saja. Apa-apa pun, cabut gigi ubat mujarab untuk sakit gigi.

Selasa, 4 Julai 2017

Cara Mudah Hilangkan Sakit Gigi

Demam, pening, sakit badan, terseliuah kaki, termasuklah sebulan mengheret kaki kerana kemalangan, mampu saya hadapi. Tapi bila bab sakit gigi nih hanya tuhan yang tahu. Sakitnya lain macam, yang pernah mengalaminya sakit gigi pasti tahu kesakitan yang saya maksudkan. Dah makan ubat pun kesakitannya masih terasa hingga ke gegendang telinga, meresap ke kepala. Nak cabut pun tak boleh, tunggu sakit gigi hilang, barulah boleh dicabut, tu kata klinik pergigian.

Tiba-tiba terfikir nak buat carian kat google, mana tahu jumpa petua melegakan sakit gigi. Macam macam petua yang dijumpai. Antaranya:-

1) Garam: Katanya, kandungan sodium mampu melegakan kesakitan gigi berlubang. Caranya, masukkan garam ke dalam air mineral suam dan jadikannya sebagai bahan kumur.

2) Limau Nipis: Katanya, Vitamin C yang terkandung di dalam jus limau nipis mampu menghilangkan sakit gigi. Jus limau nipis diambil dan dititiskan kebahagian gigi yang sakit. 

3) Bawang Putih: Bersifat antibiotik dan mengurangkan sakit. Caranya, tumbuk bawang putih hingga halus, tambah garam, dan letak dekat gigi yang sakit.

4) Bawang Merah: Lebih kurang macam bawang putih juga. cuma bawang merah nih kena hiris halus dan kunya.

5) Air Kencing: Ini petua dari kawan, ambil air kencing sendiri, lepas tu kumur. kawan nih memang nak mapus, mengarut. Ingat saya nih bodoh sangat. Yang nih tidak perlu ikut, mengarut nih.

Saya akan cuba petua-petua ini, berkesan atau tidak kita tunggu dan lihat. Bila sakit gigi nih dah hilang, saya rancang nak cabut gigi yang rosak nih, sebab gigi yang rosak sepatutnya dicabut agar kesakitan itu tidak berulang. Sekian.

Isnin, 26 Jun 2017

Selamat Hari Raya 2017/1438H

Seperti biasa, Hari Raya tahun ini saya beraya di kampung isteri iaitu Kg.Pulau Sepanggar.
Apa apa pun Selamat Hari Raya 2017/1438Hijrah, Maaf Zahir dan Batin. Sekian.

Isnin, 12 Jun 2017

Giveaway Raya by Mya & Friends

Selamat berpuasa untuk semua pembaca myafarisha.com yang disayangi. Sempena Ramadhan dan Syawal yang sememangnya dekat sangat dengan kita, Mya dengan usahasama rakan-rakan AFB (Auto Feed Blog) membawakan Giveaway Raya, istimewa untuk anda. Ada RM 240 untuk awak cuba rebut dan menang. Syarat-syarat pun mudah sahaja. Tak mahu borak panjang, kita usha syarat dan hadiah kat bawah.


Syarat :
↳ Malaysian Blogger
↳ Follow Instagram kami : Mya | Ain | PapaG | KG | Unni | Farah
↳ Follow / Add FB kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow Google+ kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Follow blog kami : Mya | Ain | PapaGKG | Unni | Farah
↳ Buat satu entri bertajuk : GIVEAWAY RAYA BY MYA & FRIENDS
↳ Copy and Paste code di bawah dalam HTML and Publish.

↳ Tinggalkan link entri dalam bahagian komen
↳ Selesai

*kalau awak tak ada Instagram atau FB, please do mention it dalam entry*

Hadiah :
💕 Tempat pertama : RM 100
💕 Tempat kedua : RM 70
💕 Tempat ketiga : RM 50
💕 Tempat keempat : RM 20

So, jangan tunggu lama-lama. Bermula hari ni sehingga 19 Jun nanti.
Cepat-cepat join sekarang. Klik je banner kat atas tu. Muah cikitt.

Cerita Kartun Yang Tidak Baik Untuk Anak

Walaupun belum mempunyai anak,  saya sudah berkira kira untuk tidak membenarkan anak menonton beberapa cerita kartun di TV. Antaranya:-

1. Sinchan - korang mungkin faham kenapa saya tidak mahu anak menonton kartun ini.  Bagi saya,  watak sinchan adalah watak yang tidak patut dicontohi dan otak tidak betul.

2. Doremon - penyebabnya ialah kerana adanya Nobita. Bagi saya,  Nobita mempunyai perwatakan yang mengarut.

3. Tom & Jerry - Jalan cerita yang sangat mengarut.  suka buli membuli.

Apa apa pun,  kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Sekian.

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...