Isnin, 29 Mei 2017

Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors


www.facebook.com/ronaldmohoni
www.instagram.com/ronaldmohoni/
Email: nald84@gmail.com

Semenjak kembali ke dunia blogging, ini adalah kali pertama saya menyertai giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. Menang atau tidak itu tidak penting, yang penting saya join sebab ingin memeriahkan suasana.

Ceritakan pengalaman seronok dan nakal anda masa kumpul duit raya:-

Ok,  masa zaman kanak kanak saya tidak ada pengalaman kumpul duit raya,  kerana saya pada masa itu bukanlah dari keluarga yang beragama islam dan dalam kampung pun majoriti bukan beragama islam.

Pengalaman saya mengumpul duit raya hanya berlaku apabila saya bersekolah di SMK Terusan Sugut,  Beluran, Sandakan. Untuk makluman, SMK Terusan Sugut, terletak disebuah pulau iaitu Terusan Sugut (majoriti penduduk beragama Islam),  yang terletak di kuala sungai sugut, Info lanjut,  cari kat google.

Saya bersekolah di sana selama 3 tahun.  setiap kali Hari Raya saya dan rakan rakan yang tinggal jauh tidak akan balik kampung kerana faktor pengangkutan, kerana satu satunya cara untuk balik kampung ialah dengan kapal atau bot merentasi lautan,  dengan kos yang mungkin tinggi pada masa itu.

Oleh kerana tidak dapat balik bercuti, saya dan kawan kawan akan meronda seluruh pelusuk pulau untuk berhari raya. Baju melayu,  pinjam dengan kawan. Setiap kumpulan berjumlah 8 atau 9 orang.

Antara pengalaman yang lucu ialah, mula mula tuan rumah hidangkan kuih raya dan tuan rumah akan masuk ke dapur untuk membuat air.  Semasa tuan rumah membuat air,  kami pun menghabiskan kuih raya dengan memasukkan ke dalam poket baju melayu. Bayangkan,  kuih raya habis,  sebelum air dihidangkan. Tuan rumah pun terperanjat.

Tentang duit raya,  nasiplah kalau dapat rm1. Selalunya jarang. Tapi paling best kalau dapat makan ketupat dan rendang. Cuma ketupat dan rendang tak boleh masuk poket. Sepanjang cuti raya,  inilah kerja kami,  setiap hari tukar ahli kumpulan dan pergi beraya dari rumah kerumah,  sehinggalah persekolahan bermula.  Sekian.

Sabtu, 27 Mei 2017

Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Sebelum saya memeluk islam,  perkara yang membuatkan saya terujah di bulan puasa ialah tentang makanan. Saya mengunjungi bazaar setiap hari, untuk melihat sekaligus menikmati juadah yang hanya ada di bulan puasa.

Kini, setelah memeluk Islam,  baru saya tahu bahawa bulan puasa bukan hanya tentang bazaar dan makanan. Bulan puasa bulan menahan nafsu dan beribadah tanpa gangguan iblis.  Apa apa pun saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Khamis, 25 Mei 2017

Tips Berjimat Cermat

Ok. Kali ini saya nak berkongsi tips berjimat cermat dan tumpuan saya adalah warga bandar, kerana hidup di bandar ini kos dan perbelanjaan tinggi berbanding kampung.

Yang pertama,  kurangkan makan di luar. Cukuplah seminggu sekali makan di luar.  Atau paling ekstrem sebulan sekali. Makan di luar pun kenalah pilih tempat yang murah,  yang penting kenyang dan makanan tersebut menyihatkan. Tapi paling bagus masak jelah kat rumah.

Yang kedua,  apabila membeli barang keperluan,  belilah di tempat yang berpatutan harganya.  Jika kedai tersebut ada menyediakan member card untuk pelanggan,  cepat cepatlah mohon kerana selalunya dengan member card kita akan mendapat diskaun dan harga promosi. 

Oklah,  itu saja yang ingin saya kongsikan kerana itulah perkara yang paling asas.  Sekian,  saya nak masuk kerja dulu.

Sabtu, 20 Mei 2017

Selamat Hari Jadi Ke-22 Kepada Isteri

Hari ini,  hari jadi isteri yang ke-22 tahun.  Kami sambut ala kadar,  setakat makan kat luar.  Layan soto kat restoran jawa.

Apa-apa pun,  saya berharap isteri saya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki.  Sekian.

Jumaat, 12 Mei 2017

Merokok Itu Awesome

Dulu,  pernah juga berjinak jinak dengan rokok. LA,  Gudang Garam dan Menara, saya belasah.  Sebab rokok jenis nih manis. Rokok lain buang parit. Rokok sejuk langsung tidak dipandang,  nanti digelar MakNyah. Rasa awesome dan kacak bila rokok tersepit dijari.

Tapi, saya merokok tidak lama,  tidak sampai setahun saya berhenti, sebabnya,  rasa macam diri ini pariah,  ketua gangster dan sebagainya. Tak kacak langsung lau jadi ketua gangster. Kalau girl yang merokok macam apa?  Lu pikirlah sendiri.  Sekarang nih saya bersyukur, kerana saya bukan perokok. Sekurang kurangnya saya tahu,  yang saya tidak akan mati disebabkan kanser paru paru.

Jimat jugalah tidak merokok. Selamat jugalah duit RM4 sehari untuk beli rokok seludup. Cuba kira sebulan berapa banyak duit habis, cincailah RM120 sebulan, kan?  Kalau 120 darab 12 bulan darab 10 tahun, ada jugalah dalam 14,400, kan? Itu kalau jenis yang belasah rokok seludup,  kalau yang bantai rokok jenis berdaftar, RM17, kan? 10 tahun berapa?  Kira sendirilah, malas mahu kira. Last sekali,  saya minta maaf lau ada yang tersinggung.  Tapi hakikatnya,  macam tulah.  Sekian.

Selasa, 9 Mei 2017

Menonton Wayang Buang Masa

Semalam, Filem Unlock.  Petang Tadi,  Filem Alien: Covenant. cerita unlock,  best.  Cerita Alien,  mengarut. Itu pendapat saya, dan rasanya setiap mahluk yang bernama manusia,  mempunyai pendapatnya sendiri.

Macam biasa, Growball Cinemax CP menjadi pilihan, sebab harga tiket wayang yang murah. Yang penting dapat tengok.

Adakah menonton wayang ini buang masa? Bergantung kepada keadaan. Kadang kadang,  ada sesetengah filem memberikan inspirasi, so mungkin berbaloi sebagai pencuci minda.  Dan ada juga filem yang mengarut aka merapu.  Sekian.

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...