Ahad, 23 Julai 2017

Segmen Bloglist Bulan Zulkaedah 1438H

Ok, dipendekkan cerita saya nak join segmen bloglist bulan zulkaedah 1438H oleh Mohd Noor Shawal's. Sekian.

Sabtu, 22 Julai 2017

3 Sebab Lelaki Wajib Jadi Bendahari Keluarga

Baru-baru ini saya telah membaca sebuah buku tentang pengurusan kewangan peribadi, tulisan seorang perancang kewangan. Beliau telah menyatakan bahawa wanita harus memainkan peranan yang lebih dalam menguruskan kewangan keluarga. Tetapi saya ingin mengemukakan 3 sebab lelaki wajib jadi bendahari keluarga.

1. Kurang Nafsu Membeli-Belah
Kebanyakan lelaki selalunya kurang nafsu membeli-belah dibandingkan wanita. Kita tidak boleh nafikan, wanita memang gemar bab-bab membeli-belah. Ada -ada sahaja yang dibeli, pantang nampak baju, kasut, handbag dan sebagainya, pasti nak beli.

2. Pandai Mengawal Emosi
Selalunya lelaki pandai mengawal emosi dan mampu bertindak waras, walaupun tertekan. Berbanding wanita yang gemar melayan emosi dan asal sahaja tertekan gemar shopping dan lepak lepak makan kat luar, kononnya release tension. Sebab itu wanita ini selalunya senang dipujuk rayu oleh jurujual untuk membeli produk mereka.

3. Cepat Membuat Keputusan
Wanita selalunya lambat membuat keputusan. Selalunya, mereka akan meminta pandang orang lain dahulu sebelum membuat keputusan. Lelaki selalunya cepat membuat keputusan dan mampu membuat pertimbangan yang baik.

Sorry kalau ada wanita yang tersinggung dengan tulisan saya, tapi itulah hakikatnya dan kebanyakan wanita begitu. Namun, ada juga wanita yang bagus dalam pengurusan kewangan, takpa, post akan datang saya akan sentuh jenis-jenis lelaki yang tak layak menjadi bendahari keluarga. Sekian

Mini Giveaway: Duit Raya


Saya tak nak tulis banyak-banyak, sekadar berkongsi, ada blog lagi nak bagi duit raya, info lanjut klik banner kat atas nih. Sekian.

Isnin, 17 Julai 2017

Nuffnang Bukan Macam Dulu Lagi

Nuffnang bukan macam dulu lagi, itulah hakikat yang perlu saya terima. Saya boleh rasa, Nuffnang tidak sehebat dulu lagi. Dulu, setiap dua bulan pasti dapat cek Dari nuffnang.
Sekarang nih agak pelik, jangankan nak dapat cek, nak dapat iklan pun payah. Mungkin kerana artikel yang saya tulis agak pendek berbanding dahulu. Mungkin kekerapan saya menulis di blog agak rendah. Mungkin artikel di blog ini sukar mendapat tempat di enjin carian.  Segalanya mungkin, tapi hanya nuffnang yang tahu. Sekian

Ahad, 16 Julai 2017

Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com


Saya mengenali mialiana sejak 2011, jika tidak silap. Masa itu saya masih lagi aktif sebagai blogger, sebelum menghilangkan diri selama 5 tahun.

Tiba-tiba saya terjumpa kembali dengan blog mialiana, dan dia menganjurkan segmen blogwalking raya. Saya Tanpa teragak-agak ingin menyertai segmen yang dianjur. Segmen ini bermula dari 9 hingga 19 julai 2017. Yang berminat klik banner untuk menyertai segmen ini. Sekian.

Jumaat, 14 Julai 2017

Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends


OK, Kali ini saya nak join satu lagi giveaway iaitu Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends, yang akan berlangsung dari 3/7/2017 hingga 3/8/17. Yup, hadiahnya Wang ringgit dan tidak ingat, yang pasti memang ada Wang ringgit. Haha. Saya nak tag ahmadfaizal dan norimah. Yang berminat join, boleh klik banner kat atas tu. Oklah, itu saja yang ingin saya tulis. Cukup kot. Sekian.

Khamis, 13 Julai 2017

Giveaway Nurul & Friends


Subuh ini, hati terdetik untuk menyertai giveaway nurul & friends. Sekadar nak memeriahkan suasana, dan update blog dengan menyertai giveaway. Kalau menang, lagi best.

Hadiahnya, saya tak ingat, yang pasti Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah Wang ringgit. Selain Wang ringgit, hadiah yang lain memang tak ingat. Haha, apa apa pun, yang nak join giveaway nurul & friends, boleh klik banner kat atas tu. Sekian.


Selasa, 11 Julai 2017

Handphone Huawei Rosak Dan Terima Kasih Elsa

Dipendekkan cerita, handphone huawei saya rosak, asik nak update, update dan update. Last sekali, saya malas dah nak update. Beli Barulah, angkat ZTE blade A510 offer dari digi, nak beli Samsung J7, tak mampu, kalau mampu pun saya tidak akan beli, membazir. Hand phone nih bagus ke? Saya tidak tahu, baru sehari pakai, tunggulah saya buat review.

Ok, baru baru ini saya menang GA Dari blog elsaalicious. Terima kasih elsa, walaupun saya lambat sedikit respon dengan emel yang dikirim. Dia beri tempoh 3 hari tapi saya balas emel dia pada hari kelima. Ok, itu sajalah untuk hari ini, sekian.

Sabtu, 8 Julai 2017

Cabut Gigi Ubat Mujarab Untuk Sakit Gigi

Tidak tahan dengan sakit gigi yang saya alami, akhirnya memaksa saya kembali untuk membuat pemeriksaan gigi kali kedua dan doktor gigi membuat keputusan untuk mencabut gigi yang sakit.

Pelik, hari tu kata tak boleh cabut lagi, tunggu kesakitan gigi itu berhenti. Tapi kali ini lain pula jadinya, doktor menjelaskan, gigi saya sudah boleh cabut kerana cengkaman gigi sudah longgar dan tidak lagi boleh ditampal.

Macam biasa, proses bius perlu dilakukan. habis mulut saya hilang deria rasa, dengan dua kali sentap, maka hilanglah sebatang gigi gerham yang paling besar, sekaligus memusnahkan harapan saya untuk mengunyah tulang ayam semasa makan.

Hari pertama gigi hilang, memang ada patangnya, antaranya tidak boleh makan atau minum yang panas-panas, tidak boleh berkumur, tidak boleh mengangkat benda-benda yang berat, tidak boleh gentel bahagian gigi yang hilang menggunakan lidah, dan apa saja yang boleh mendatangkan mudarat. 

Jadi, dua tiga hari nih, makanan yang paling best ialah aiskrim, sebabnya kesakitan seakan berhenti bila benda sejuk masuk dekat mulut. hari keempat, kesakitan hilang, benarlah kata doktor, sakit dua tiga hari saja. Apa-apa pun, cabut gigi ubat mujarab untuk sakit gigi.

Selasa, 4 Julai 2017

Cara Mudah Hilangkan Sakit Gigi

Demam, pening, sakit badan, terseliuah kaki, termasuklah sebulan mengheret kaki kerana kemalangan, mampu saya hadapi. Tapi bila bab sakit gigi nih hanya tuhan yang tahu. Sakitnya lain macam, yang pernah mengalaminya sakit gigi pasti tahu kesakitan yang saya maksudkan. Dah makan ubat pun kesakitannya masih terasa hingga ke gegendang telinga, meresap ke kepala. Nak cabut pun tak boleh, tunggu sakit gigi hilang, barulah boleh dicabut, tu kata klinik pergigian.

Tiba-tiba terfikir nak buat carian kat google, mana tahu jumpa petua melegakan sakit gigi. Macam macam petua yang dijumpai. Antaranya:-

1) Garam: Katanya, kandungan sodium mampu melegakan kesakitan gigi berlubang. Caranya, masukkan garam ke dalam air mineral suam dan jadikannya sebagai bahan kumur.

2) Limau Nipis: Katanya, Vitamin C yang terkandung di dalam jus limau nipis mampu menghilangkan sakit gigi. Jus limau nipis diambil dan dititiskan kebahagian gigi yang sakit. 

3) Bawang Putih: Bersifat antibiotik dan mengurangkan sakit. Caranya, tumbuk bawang putih hingga halus, tambah garam, dan letak dekat gigi yang sakit.

4) Bawang Merah: Lebih kurang macam bawang putih juga. cuma bawang merah nih kena hiris halus dan kunya.

5) Air Kencing: Ini petua dari kawan, ambil air kencing sendiri, lepas tu kumur. kawan nih memang nak mapus, mengarut. Ingat saya nih bodoh sangat. Yang nih tidak perlu ikut, mengarut nih.

Saya akan cuba petua-petua ini, berkesan atau tidak kita tunggu dan lihat. Bila sakit gigi nih dah hilang, saya rancang nak cabut gigi yang rosak nih, sebab gigi yang rosak sepatutnya dicabut agar kesakitan itu tidak berulang. Sekian.

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...