Sabtu, 23 Disember 2017
Tengkubutang's Giveaway! Happy Birthday Hubby And Harraz!
Rabu, 13 Disember 2017
Lazada Online Revolution Blogger Contest
Sempena Online Revolution Sales, Lazada juga menganjurkan Lazada Online Revolution Blogger Contest dari 1 November 2017 hingga 14 Disember 2017. Jadi sebagai seorang blogger, saya pun turut serta dan semestinya perlu menjawab beberapa soalan pihak Lazada Malaysia.
Do you remember the first product that you ever purchased online? (Adakah anda ingat produk pertama yang anda beli melalui atas talian? Apakah ia dan bagaimana pengalaman anda?)
Produk pertama yang saya beli di Lazada Malaysia ialah topup digi RM30 dengan harga RM25.50. Memang murah, dapat potongan harga 15 peratus. Pengalaman ini menyedarkan saya bahawa membeli di Lazada menjimatkan. Sebab itu, sampai sekarang, saya beli topup digi dengan Lazada.
Which types of product would you prefer buying online? (Apakah jenis produk yang anda cenderung untuk membeli atas talian?)
Pertama, saya cenderung untuk membeli topup dengan Lazada sebab ada potongan harga. Kedua, baju lelaki, terutama sekali yang tidak dijual di kedai pakaian, dengan potongan harga hingga 85 peratus, semestinya berbaloi.
What do you love about online shopping? (Apa yang anda suka tentang membeli di atas talian?)
Jimat Masa - tidak perlu berjalan, baring di atas katil pun boleh membeli belah. Kadang-kadang, sambil masak sambil membeli secara online, jadi jimatlah masa.
Lebih murah - ini adalah hakikat, contohnya baju yang sama, harga di kedai rm50, tapi di Lazada harganya RM25, kadang-kadang percuma kos penghantaran. Jadi lebih baik beli di Lazada.
Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the online Revolution Sales? (Apakah produk yang anda beli atau ingin beli di Lazada semasa Online Revolution Sales?)
Sempena Online Revolution Sales ini saya ingin membeli 10" Inch Octa Core Android 5.1 Dual Sim 3G IPS Phone Tablet PC 2 + 32GB Phablet.
Saya rasa berbaloi, harga asal RM1066.00, selepas potongan harga, RM234.00. Harap-harap sempat lagi untuk shopping.
Jika ada kesempatan jom terjah Lazada Online Revolution Sales (klik) Sekian.
Ahad, 12 November 2017
Giveaway Ole-Ole Brunei by Mialina.com
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana, Like Fanpage Mialiana.com dan Follow Instagram @mialiana (jika ada)
- Buat entri bertajuk Giveaway Ole-Ole Brunei By Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
- Segmen akan tamat pada 11.59 malam 16 November 2017.
** support Mia ya.....
Sabtu, 11 November 2017
Pemenang First Giveaway Dari Ronaldmohoni.com
Pemenang Rm10
No.5 Ella Suhaila
No.1 Mrs.Pip
No.10 Asha Lya
Pemenang Reload Rm5
No.8 Hani Fadhlina Abdul Rahman
No.29 Fiefi Ismail
Top Refferal Rm10
Shafyqa Azry
Tahniah kepada pemenang, sila email saya di nald84@gmail.com dan kepada peserta lain, terima kasih kerana turut serta, tanpa anda Giveaway ini tidak akan berjaya. Sekian.
Jumaat, 10 November 2017
First Giveaway Dari Ronaldmohoni.Com
SENARAI PESERTA
(update: 06/11/2017)
1. Mrs.Pip
2. Ai
3. Shahida Dzulkifli
4. Cik Cappuccino Latte
5. Ella Suhaila
6. Wana Eiskay
7. Princess Serra
8. Hani Fadhlina Abdul Rahman
9. Nisha
10. Asha Lya
11. Sayidah napisah
12. Syah Banu
13. Noor Akma
14. Shahida Halim
15. That Azie
16. Husna Izzati
17. Zafirah Nazri
18. Jamil Hashim
19. Nur Musfirah
20. Cekgu Norazimah
21. Kak Yong
22. Siti Rohaida Yusuf
23. Farhanna Jafri
24. Najah Mustapa
25. Miss Mulan
26. Shafyqah Azry
27. Galaksi Viral
28. Amer Ridzuan
29. Fiefi Ismail
jika anda telah menyertai GA ini, tetapi penyertaan anda tiada dalam senarai, sila post kembali link penyertaan anda di bahagian Komen, terima kasih.
Giveaway Cash RM100 by Qiya Saad for November 2017
Blogger Qiya nak beri Rm50, Rm30 dan Rm20 kepada 3 peserta bertuah. So, yang berminat untuk join silalah klik banner, terima kasih.
Selasa, 7 November 2017
Belajar Buat Blog
Ok, mahu yang free, ada, masuk kelas program ICT tajaan kerajaan di AMC College, nama kursus blog and website development (dahulu dikenali sebagai blogging skill). Kelas 1 hari, Yuran free, makan minum free dan sijil penyertaan diberi.
Ok, boleh hubungi no telefon atau datang sendiri ke AMC di bangunan Likas Square. Banyak lagi kursus percuma yang disediakan. Semuanya berkaitan tentang ICT. Sekian saja perkongsiaan untuk kali ini.
Giveaway Pertama Dari Blog Irdagarmin
First sekali, happy birthday kepada irda, penganjur GA ini. Saya sendiri tidaklah mengenali irda nih secara jelas, yang pasti dia agent coway dan dalam blog ada menulis tentang ASB. Itu saja kot. Harap menang. Sekian.
Sambal Udang Terung Dan Fish Kek
Bahan-bahan:-
1. Sekeping Fish Kek (RM 2.30++)
2. Sebiji Terung (sederhana besar)
3. 1 tin sambal Udang (yeo's)
4. Perencah secukup rasa (Maggie)
5. Minyak masak
Cara penyediaan:-
1. Potong fish Kek kecil kecil. Campurkan 1 sudu makan perencah secukup rasa dan gaul. Panaskan minyak dan goreng fish Kek sehingga berwarna keemasan dan hidangkan.
2. Potong terung kepada 3 bahagian, dan belah terung kepada 4 bahagian. Goreng terung hingga berwarna emas kecoklatan (jangan sampai hangus). Angkat.
3. Panaskan 5 sudu makan minyak masak ke dalam kuali. Masukkan sambal Udang, goreng selama 30 saat, masukkan terung goreng dan 1 sudu makan secukup rasa. Gaul selama 1 minit. Angkat dan hidangkan.
Itu sahaja perkongsian saya untuk kali ini, sekian dan selamat mencuba.
Isnin, 6 November 2017
GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Sabtu, 28 Oktober 2017
Bajet 2018 Dari Kacamata Ronaldmohoni
1. ADAM50: Anak yang lahir dari Januari 2018 hingga December 2022 akan mendapat rm200 dalam bentuk pelaburan yang akan dilaburkan di dalam ADAM50. Isteri saya cakap, sudah sampai masanya untuk menimang cahaya mata. Pendapat saya, berapalah sangat rm200 tu.
2. BR1M: Kekal, tiada kenaikan. Harap-harap harga barang pun tiada kenaikan.
3. PTPTN: Diskaun 20 peratus jika bayar habis, dilanjutkan sehingga December 2018. Harap-harap, 2018 hutang PTPTN saya selesai. Kepada peminjam PTPTN, pandai pinjam pandai bayar, hutang mesti bayar.
Faham.
4. Buku bebas dari gst: Ya ini saya suka, harap-harap harga buku akan semakin murah, sebab saya ini ulat buku, bolehlah saya membeli buku dengan lebih kerap.
5. Kedai Rakyat 1 Malaysia: Bilangan KR1M akan ditambah. Nampaknya bolehlah saya mengintai peluang, mana tahu mendapat peluang untuk memilik KR1M.
Rasanya 5 perkara ini sahaja menarik perhatian saya. Akhir sekali, tiada guna pembangunan infrastuktur jika rakyat banyak yang hidup susah dan kerajaan harus adil, jangan hanya lebihkan kakitangan awam. Sekian.
Selasa, 24 Oktober 2017
Lelaki Mesti Pandai Masak
Bila saya dewasa baru saya faham, ilmu memasak itu penting walaupun perkara basic. Saya beri dua contoh:-
1. Semasa menuntut di sekolah menengah dan tinggal di asrama ada seorang warden asrama lelaki, tidak tahu memasak, ditakdirkan isterinya jatuh sakit dan dimasukkan ke wad hospital selama seminggu. Oleh kerana beliau tidak tahu memasak maka terpaksalah beliau membeli makan di restoran untuk anak anak dan diri sendiri. Seminggu beli makanan diluar sangatlah membazir.
2. Semasa melanjutkan pelajaran di IPT, saya menyewa rumah bersama rakan-rakan. Ditakdirkan adalah seorang rakan nih, langsung tidak boleh masak. Masak nasi pun tidak tahu, goreng telur pun tidak tahu dan dia mengharapkan belas kasihan para sahabat untuk menyediakan makanan ataupun terpaksa makan maggi rendam air panas.
So, lelaki mesti pandai masak, sekurang-kurangnya tahu masak nasi dan telur goreng. Sekurang- kurangnya bila kita berjauhan dengan keluarga bolehlah berdikari memasak sendiri. Kalau sudah kahwin, bolehlah tolong isteri masak jika isteri penat, isteri bukan orang gaji, jangan double saja tahu, tapi masak tidak tahu. Sekian.
Jumaat, 20 Oktober 2017
Blogger.com Atau Wordpress
Pertama, saya nak sentuh tentang blogger.com. saya mengakui, medium blogger.com ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk individu yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogging. Ianya percuma, dan anda boleh memilih untuk membeli domain dan dikonfigurasikan atau sekadar menggunakan nama domain yang panjang tapi percuma. Buatlah sebanyak mana post, tariklah seberapa banyak pelawat, tidak ada bayaran yang akan dikenakan oleh pihak blogger.com. tetapi, jika anda bernasip malang, kebarangkalian untuk anda kehilangan blog agak tinggi, ini kerana Kadang-kadang pihak blogger.com akan menghapuskan blog anda jika mereka merasakan blog anda menyalahi peraturan mereka, sahabat saya sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Jika ada yang mengatakan pengguna blogger.com lebih mesra dengan enjin carian, bagi saya tidak, saya rasa sukar untuk menewaskan WordPress dalam hal SEO.
Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang WordPress yang diinstal di server/hosting. Bila bercerita tentang WordPress, bersedialah untuk mengeluarkan Wang untuk membeli domain dan menyewa hosting. Kadang-kadang bila server yang disewa telah mencecah limit disk space, penggunaan server terpaksa menambah bayaran. Kebarangkalian untuk blog digodam juga tinggi berbanding pengguna blogger.com, jadi anda mestilah berhati-hati dalam hal pemilihan hosting. Tetapi saya akui, teknik SEO WordPress mudah dikuasai.
Kesimpulanya, jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, blogger.com adalah sesuai. Tetapi jika anda bercita-cita untuk pergi jauh dalam dunia blogging dan ingin menjana pendapatan yang lumayan, wordpesslah jawapannya. Sekian.
P/S-Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan blogger.com, ada masa saya cerita.
Sabtu, 14 Oktober 2017
Be My Lucky Followers Giveaway
Syarat-syarat
- Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman, Cinta Itu Indah, Shikin Razali
- Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
- Like Page | SEINDAHCERITA NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life
- Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita
- Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
- Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
- Pemenang di pilih secara Random.org
- Wang Tunai RM20x1 pemenang
- Wang Tunai RM10x8 pemenang
- Pakej Print Gambar + Random Stuff x 1 pemenang
Jumaat, 13 Oktober 2017
Lesen Memandu Atau Laptop Baru
Saya sedar, saya memerlukan lesen memandu secepat mungkin, kerana tanpa lesen memandu, saya sukar memilik kenderaan sendiri, tanpa kenderaan sendiri saya sukar untuk pergi lebih jauh dalam peningkatan kerjaya. Contohnya saya memohon jawatan penolong pengurus cawangan di 99 Speedmart, saya layak tapi dengan syarat mestilah memiliki kenderaan sendiri.
Sudah 2 tahun laptop saya rosak, dan setelah saya mengambil keputusan untuk melakukan comeback dalam dunia blogging, rasanya saya memerlukan laptop baru agar lebih mudah update blog. Semenjak kembali kedunia blogging, saya hanya update blog mengguna smartphone dan sekali sekala ke cyber cafe. Update blog dengan smartphone agak lambat sedikit, dan banyak benda yang sukar dilakukan. Sekurang-kurangnya, jika ada laptop baru, saya mungkin mampu memiliki blog dalam pelbagai kategori.
Harap-harap saya mampu memiliki kedua-duanya dalam masa terdekat, agar impian terlaksana. Sekian untuk hari ini.
Khamis, 5 Oktober 2017
Menang Giveaway TengkuButang
Menang produk kecantikan swiss vita, tajaan blogger FaraHanim. Saya tidak menggunaakannya kerana saya jejaka yang menggemari imej muka pecah bukan muka jambu. Maksudnya rezeki my wife. Apa apa pun terima kasih dengan hadiah ini. Sekian.
Selasa, 3 Oktober 2017
Dapatkan CashBack Dari Shopback
Contohnya, kita membeli belah secara online di laman web lazada melalui laman web shopback. kita beli baju harga RM100, dapat cashback 6% hingga 8.5%, iaitu RM6.00 hingga RM8.50 (bergantung kepada perubahan), bukan diskaun, tapi cashback, Rm8.50 ini dikembalikan apabila memenuhi syarat shopback.
Pengalaman, saya tidak pernah beli baju, tapi saya beli reload di laman web lazada melalui laman web shopback. beli reload digi RM10 dapat cashback RM0.60 (bergantung kepada perubahan). Ronaldmohoni, ko gilakah, RM0.60 sikit saja mah? woi, yang penting ada mah, daripada beli di kedai reload, habuk pun tiada, beli melalui shopback dapat cashback.
Melalui Shopback, macam-macam cashback kita boleh dapat, naik GrabCar pun boleh dapat cashback, beli tiket MAS pun boleh dapat Cashback, macam-macam lagilah. Syarat minimum nak cashout, RM10.00. Ok, emm, rasanya cukup kot penerangan ringkas dari saya, berminat boleh terjah dan daftar di ShopBack.Com (Klik). Jangan risau, pendaftaran percuma. ok, bye.
Ahad, 10 September 2017
September Yang Sibuk
Mooncake festival semakin hampir, dan ini bermakna kesibukan akan berterusan sehingga festival ini berakhir, selalunya begitulah keadaannya.
Walaupun hanya berkerja sebagai penyelia di supermarket, tapi tanggungjawab mesti dilaksanakan sebaik mungkin. Walaupun penat, tugas mesti diselesaikan. Walaupun sibuk, saya berharap dapat terus menulis di blog ini, Sekian.
Selasa, 22 Ogos 2017
Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com
Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com
Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017
Isnin, 21 Ogos 2017
Perkara Yang Saya Lakukan Jika Menjadi Majikan
1. Membenarkan pekerja membawa handphone. Ada sesetengah majikan tidak membenarkan pekerja membawa membawa dan menggunakan handphone. Tapi pada pendapat saya, selagi pekerja dapat memberikan tumpuan kepada pekerjaan, selagi itu penggunaan handphone akan saya benarkan. Handphone adalah alat untuk berhubung yang penting.
2. Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi. Selama saya berkerja dengan beberapa majikan, belum pernah ada majikan yang memberikan kursus pengurusan kewangan peribadi kepada pekerja. Jika saya majikan, saya akan paksa pekerja untuk menyertai kursus ini. Kerana ramai pekerja yang menghadapi masalah kewangan sehingga menjejaskan tugas mereka dalam pekerjaan.
3. Setiap Tahun Ada Kenaikan Gaji. Walaupun kenaikan gaji sedikit, saya tetap akan naikkan gaji, dari 1% hingga 10% dari gaji asal, bergantung kepada prestasi.
4. Elaun Kehadiran. Mana-mana pekerja yang tidak pernah lewat masuk kerja dan tidak ponteng kerja, saya akan berikan elaun kehadiran setiap bulan.
Banyak lagi yang bermain difikiran. Tapi ini yang paling penting. Sekian saja untuk kali ini.
Khamis, 17 Ogos 2017
Tengkubutang 6 Million Pageview Giveaway
Selasa, 8 Ogos 2017
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
![]() |
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious |
3 Sebab Saya Suka GrabCar
1. Perkhidmatan yang pantas. Ya, kebanyakkan pemandu GrabCar memberikan perkhidmatan yang pantas. Mereka tidak gemar membuang masa dengan menggambil laluan yang jauh. Walaupun pantas, tapi selamat.
2. Harga perkhidmatan yang pasti. Jika harga Rm5 dinyatakan di dalam app GrabCar, maka Rm5 yang perlu dibayar. Setakat ini saya belum pernah ditipu.
3. Promo Code. Yang ini saya suka, GrabCar sentiasa memberikan promo code kepada pelanggannya.
3 perkara ini sudah cukup untuk saya setia dengan GrabCar. Walaupun ada yang mengatakan uber lagi murah, tapi saya masih yakin dengan GrabCar yang sentiasa telus dalam memberikan perkhidmatan. Sekian.
Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
- Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
2 Sebab Uber Tidak Best
1. Anggaran kos yang tidak tepat. Bayangkan, kos kat app Uber rm4, bila nak bayar bill rm7. Tiada traffic jem.
2. Pemandu Uber gemar mengambil laluan jauh dan memandu dengan slow. Motifnya, supaya mendapat bayaran lebih. Bukan semua, tapi ada.
Cukup. Tak nak cakap lebih-lebih, isteri saya cakap, nanti Uber saman. Sekian
Jumaat, 4 Ogos 2017
Instant Shawl Giveaway By Mamapipie
Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com
Ok. Kali ini saya berminat untuk menyertai merdeka giveaway yang dianjurkan oleh blog penselduabee. Hadiah menarik. Nak join giveaway? Klik banner. Sekian
Ahad, 23 Julai 2017
Segmen Bloglist Bulan Zulkaedah 1438H
Sabtu, 22 Julai 2017
3 Sebab Lelaki Wajib Jadi Bendahari Keluarga
1. Kurang Nafsu Membeli-Belah
Kebanyakan lelaki selalunya kurang nafsu membeli-belah dibandingkan wanita. Kita tidak boleh nafikan, wanita memang gemar bab-bab membeli-belah. Ada -ada sahaja yang dibeli, pantang nampak baju, kasut, handbag dan sebagainya, pasti nak beli.
2. Pandai Mengawal Emosi
Selalunya lelaki pandai mengawal emosi dan mampu bertindak waras, walaupun tertekan. Berbanding wanita yang gemar melayan emosi dan asal sahaja tertekan gemar shopping dan lepak lepak makan kat luar, kononnya release tension. Sebab itu wanita ini selalunya senang dipujuk rayu oleh jurujual untuk membeli produk mereka.
3. Cepat Membuat Keputusan
Wanita selalunya lambat membuat keputusan. Selalunya, mereka akan meminta pandang orang lain dahulu sebelum membuat keputusan. Lelaki selalunya cepat membuat keputusan dan mampu membuat pertimbangan yang baik.
Sorry kalau ada wanita yang tersinggung dengan tulisan saya, tapi itulah hakikatnya dan kebanyakan wanita begitu. Namun, ada juga wanita yang bagus dalam pengurusan kewangan, takpa, post akan datang saya akan sentuh jenis-jenis lelaki yang tak layak menjadi bendahari keluarga. Sekian
Mini Giveaway: Duit Raya
Isnin, 17 Julai 2017
Nuffnang Bukan Macam Dulu Lagi
Sekarang nih agak pelik, jangankan nak dapat cek, nak dapat iklan pun payah. Mungkin kerana artikel yang saya tulis agak pendek berbanding dahulu. Mungkin kekerapan saya menulis di blog agak rendah. Mungkin artikel di blog ini sukar mendapat tempat di enjin carian. Segalanya mungkin, tapi hanya nuffnang yang tahu. Sekian
Ahad, 16 Julai 2017
Segmen Blogwalking Raya 2017 Mialiana.com
Saya mengenali mialiana sejak 2011, jika tidak silap. Masa itu saya masih lagi aktif sebagai blogger, sebelum menghilangkan diri selama 5 tahun.
Tiba-tiba saya terjumpa kembali dengan blog mialiana, dan dia menganjurkan segmen blogwalking raya. Saya Tanpa teragak-agak ingin menyertai segmen yang dianjur. Segmen ini bermula dari 9 hingga 19 julai 2017. Yang berminat klik banner untuk menyertai segmen ini. Sekian.
Jumaat, 14 Julai 2017
Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends
OK, Kali ini saya nak join satu lagi giveaway iaitu Aidilfitri Giveaway By Faye And Friends, yang akan berlangsung dari 3/7/2017 hingga 3/8/17. Yup, hadiahnya Wang ringgit dan tidak ingat, yang pasti memang ada Wang ringgit. Haha. Saya nak tag ahmadfaizal dan norimah. Yang berminat join, boleh klik banner kat atas tu. Oklah, itu saja yang ingin saya tulis. Cukup kot. Sekian.
Khamis, 13 Julai 2017
Giveaway Nurul & Friends
Hadiahnya, saya tak ingat, yang pasti Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah Wang ringgit. Selain Wang ringgit, hadiah yang lain memang tak ingat. Haha, apa apa pun, yang nak join giveaway nurul & friends, boleh klik banner kat atas tu. Sekian.
Selasa, 11 Julai 2017
Handphone Huawei Rosak Dan Terima Kasih Elsa
Ok, baru baru ini saya menang GA Dari blog elsaalicious. Terima kasih elsa, walaupun saya lambat sedikit respon dengan emel yang dikirim. Dia beri tempoh 3 hari tapi saya balas emel dia pada hari kelima. Ok, itu sajalah untuk hari ini, sekian.
Sabtu, 8 Julai 2017
Cabut Gigi Ubat Mujarab Untuk Sakit Gigi
Selasa, 4 Julai 2017
Cara Mudah Hilangkan Sakit Gigi
Isnin, 26 Jun 2017
Selamat Hari Raya 2017/1438H
Isnin, 12 Jun 2017
Giveaway Raya by Mya & Friends
Cerita Kartun Yang Tidak Baik Untuk Anak
Walaupun belum mempunyai anak, saya sudah berkira kira untuk tidak membenarkan anak menonton beberapa cerita kartun di TV. Antaranya:-
1. Sinchan - korang mungkin faham kenapa saya tidak mahu anak menonton kartun ini. Bagi saya, watak sinchan adalah watak yang tidak patut dicontohi dan otak tidak betul.
2. Doremon - penyebabnya ialah kerana adanya Nobita. Bagi saya, Nobita mempunyai perwatakan yang mengarut.
3. Tom & Jerry - Jalan cerita yang sangat mengarut. suka buli membuli.
Apa apa pun, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Sekian.
Sabtu, 10 Jun 2017
Keluarga MoMa Ke Kundasang
Saya tidak mahu tulis banyak banyak. Cukuplah untuk gambar berbicara.
Isnin, 29 Mei 2017
Giveaway Duit Raya RM100 By Elsaalicious & Sponsors
www.facebook.com/ronaldmohoni
www.instagram.com/ronaldmohoni/
Email: nald84@gmail.com
Semenjak kembali ke dunia blogging, ini adalah kali pertama saya menyertai giveaway yang dianjurkan oleh blogger lain. Menang atau tidak itu tidak penting, yang penting saya join sebab ingin memeriahkan suasana.
Ceritakan pengalaman seronok dan nakal anda masa kumpul duit raya:-
Ok, masa zaman kanak kanak saya tidak ada pengalaman kumpul duit raya, kerana saya pada masa itu bukanlah dari keluarga yang beragama islam dan dalam kampung pun majoriti bukan beragama islam.
Pengalaman saya mengumpul duit raya hanya berlaku apabila saya bersekolah di SMK Terusan Sugut, Beluran, Sandakan. Untuk makluman, SMK Terusan Sugut, terletak disebuah pulau iaitu Terusan Sugut (majoriti penduduk beragama Islam), yang terletak di kuala sungai sugut, Info lanjut, cari kat google.
Saya bersekolah di sana selama 3 tahun. setiap kali Hari Raya saya dan rakan rakan yang tinggal jauh tidak akan balik kampung kerana faktor pengangkutan, kerana satu satunya cara untuk balik kampung ialah dengan kapal atau bot merentasi lautan, dengan kos yang mungkin tinggi pada masa itu.
Oleh kerana tidak dapat balik bercuti, saya dan kawan kawan akan meronda seluruh pelusuk pulau untuk berhari raya. Baju melayu, pinjam dengan kawan. Setiap kumpulan berjumlah 8 atau 9 orang.
Antara pengalaman yang lucu ialah, mula mula tuan rumah hidangkan kuih raya dan tuan rumah akan masuk ke dapur untuk membuat air. Semasa tuan rumah membuat air, kami pun menghabiskan kuih raya dengan memasukkan ke dalam poket baju melayu. Bayangkan, kuih raya habis, sebelum air dihidangkan. Tuan rumah pun terperanjat.
Tentang duit raya, nasiplah kalau dapat rm1. Selalunya jarang. Tapi paling best kalau dapat makan ketupat dan rendang. Cuma ketupat dan rendang tak boleh masuk poket. Sepanjang cuti raya, inilah kerja kami, setiap hari tukar ahli kumpulan dan pergi beraya dari rumah kerumah, sehinggalah persekolahan bermula. Sekian.
Sabtu, 27 Mei 2017
Selamat Menjalankan Ibadah Puasa
Sebelum saya memeluk islam, perkara yang membuatkan saya terujah di bulan puasa ialah tentang makanan. Saya mengunjungi bazaar setiap hari, untuk melihat sekaligus menikmati juadah yang hanya ada di bulan puasa.
Kini, setelah memeluk Islam, baru saya tahu bahawa bulan puasa bukan hanya tentang bazaar dan makanan. Bulan puasa bulan menahan nafsu dan beribadah tanpa gangguan iblis. Apa apa pun saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.
Khamis, 25 Mei 2017
Tips Berjimat Cermat
Ok. Kali ini saya nak berkongsi tips berjimat cermat dan tumpuan saya adalah warga bandar, kerana hidup di bandar ini kos dan perbelanjaan tinggi berbanding kampung.
Yang pertama, kurangkan makan di luar. Cukuplah seminggu sekali makan di luar. Atau paling ekstrem sebulan sekali. Makan di luar pun kenalah pilih tempat yang murah, yang penting kenyang dan makanan tersebut menyihatkan. Tapi paling bagus masak jelah kat rumah.
Yang kedua, apabila membeli barang keperluan, belilah di tempat yang berpatutan harganya. Jika kedai tersebut ada menyediakan member card untuk pelanggan, cepat cepatlah mohon kerana selalunya dengan member card kita akan mendapat diskaun dan harga promosi.
Oklah, itu saja yang ingin saya kongsikan kerana itulah perkara yang paling asas. Sekian, saya nak masuk kerja dulu.
Sabtu, 20 Mei 2017
Selamat Hari Jadi Ke-22 Kepada Isteri
Apa-apa pun, saya berharap isteri saya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki. Sekian.
Jumaat, 12 Mei 2017
Merokok Itu Awesome
Selasa, 9 Mei 2017
Menonton Wayang Buang Masa
Semalam, Filem Unlock. Petang Tadi, Filem Alien: Covenant. cerita unlock, best. Cerita Alien, mengarut. Itu pendapat saya, dan rasanya setiap mahluk yang bernama manusia, mempunyai pendapatnya sendiri.
Macam biasa, Growball Cinemax CP menjadi pilihan, sebab harga tiket wayang yang murah. Yang penting dapat tengok.
Adakah menonton wayang ini buang masa? Bergantung kepada keadaan. Kadang kadang, ada sesetengah filem memberikan inspirasi, so mungkin berbaloi sebagai pencuci minda. Dan ada juga filem yang mengarut aka merapu. Sekian.
Jumaat, 28 April 2017
Tukang Masak Jana RM36,380 Secara Online
Khamis, 27 April 2017
Skim Cepat Kaya
Bila bercerita tentang skim cepat kaya, saya terkenang tahun 2007. Pada tahun tersebut Bank Negara berkerja keras mengengkang skim skim pelaburan yang menyerupai skim cepat.
Saya sendiri, secara peribadi pernah menyertai skim skim ini pada waktu itu. Antaranya JinLi Capital dan EaIndex, yang memberikan pulangan setiap hari, lebih kurang 1.8%. Ketika itu saya sedang menuntut di sebuah IPT. Berbekalkan duit pinjaman PTPTN, saya menyertai kedua dua program ini. Malangnya, dua bulan skim ini tidak membayar pesertanya. Selepas itu pihak kerajaan bertindak menyekat laman web skim tersebut.
Sejak itu saya tidak lagi percaya dengan pelaburan yang menyerupai skim ini, tidak kira berasaskan wang, emas dan harta benda, jika ianya menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi sehingga melebihi 20% setahun, menjanjikan tiada sebarang kerugian, ianya adalah skim cepat kaya. Sekiaan.
Ahad, 23 April 2017
Takaful, Simpanan Dan Pelaburan
Baru-baru ini, saya telah membuka akaun Maybank yang baru. Semasa membuka akaun baru, pihak Maybank telah menawarkan salah satu produk mereka iaitu Takaful+Simpanan+Pelaburan, serendah RM100 sebulan.
Tanpa berfikir panjang, saya melanggan produk tersebut serendah RM100, kerana saya belum memilik takaful. Saya juga terpaksa melakukan simpanan paksa dan setiap tahun akan dibayar dividen 3% hingga 9% setahun.
Yang menariknya, dari RM100, hanya 30% dicarumkan didalam takaful untuk tahun pertama dan 70% simpanan+pelaburan. Tahun kedua, hanya 15% dicarumkan didalam takaful dan 85% simpanan+pelaburan. Tahun ketiga, 100% simpanan+pelaburan, takaful tidak perlu lagi, cukup dua tahun.
Walaupun kita hanya mencarum takaful selama 2 tahun, kita akan mendapat perlindungan jika hilang upaya, mati dan menghidap salah satu dari 16 penyakit kritikal, selagi kita melakukan simpanan dan tidak menamatkannya. Opps, saya bukan ejen ya, saya sendiri melanggan produk ini. Sekian.
Simpan Duit Secara Paksa
Kebanyakan buku tentang perancangan kewangan peribadi banyak menyatakan tentang tips pengurusan kewangan yang betul, antaranya simpan dahulu baru berbelanja, simpan 10 peratus gaji, teknik sampul dan macam macam lagi.
Namun, adakan tips ini mampu dilaksanakan? Hakikatnya, tidak ramai yang mampu melaksanakan tips ini, terutama sekali golongan bumiputera.
Mahu tidak mahu, teknik yang paling sesuai ialah simpan secara paksa. Contohnya, kita boleh membeli emas dinar atau bar sebagai teknik menyimpan secara paksa dan selalunya kita tidak akan menjual emas tersebut dalam jangka terdekat, paling lama 2 tahun. Rasanya ada lagi cara untuk menyimpan secara paksa, mungkin anda boleh berkongsi diruangan komen. Sekian.
Khamis, 20 April 2017
Mengajar Isteri Blogging
Seorang suami yang meminati blogging seharusnya mengajar isteri blogging agar si isteri memahami apa yang si suami lakukan.
Itu yang saya lakukan. Supaya isteri tahu apa yang saya lakukan. Supaya isteri faham kenapa saya meminati blogging. Apabila isteri faham, kerja blogging senang dilakukan. Sekurang kurangnya, tidaklah dituduh melakukan kerja yang tidak berfaedah.
Selasa, 18 April 2017
Buka Akaun RHB Dan Maharani
Hari ini, hari offday. Tidak banyak perkara yang dilakukan. Hanya pergi RHB Bank dan jalan jalan cuci mata, ditemani isteri tercinta.
Buka akaun RHB Bank pun sebab terpaksa. Kerana hanya bank ini yang ada kerjasama sepenuhnya dengan Paypal. Mahu berjinak jinak dengan ebay, jadi kenalah buat akaun Paypal.
Lepas tu, window shoping kat Center Point, Kota Kinabalu. Beli maharani, ikutkan hati, nak beli online, tapi stock selalu sold out, jadi mahu tidak mahu, beli sajalah sebab sudah janji dengan isteri.
Lepas tu, duduk duduk dekat growball bowling center. Layan karip dan minkaffe. Itu sajalah. Tak kan semua benda pun nak cerita. Sekian.
Ahad, 16 April 2017
Simpanlah Duit Syiling
Jika susah sangat menyimpan wang, simpan sajalah duit syiling ke dalam tabung sebagai cara memupuk sikap menyimpan.
Saya tidak hairan. Di Malaysia ini, terutama melayu dan bumiputera, budaya menyimpan itu kurang memberangsangkan. Jika susah sangat menyimpan, mulakan dengan menabung duit syiling. Semua duit syiling yang diperolehi, simpanlah ke dalam tabung. Hujung tahun baru kira dan masukkan ke dalam ASB, Tabung Haji dan yang seangkatan dengannya. Sekian.
Sabtu, 15 April 2017
Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-33 Tahun
Tidak disangka, usia saya telah mencecah angka 33. Bersyukur kepada Allah kerana atas izinnya saya masih lagi bernafas di bumi ini.
Dalam hidup ini, masih banyak lagi perkara yang belum dicapai. Tapi tidak akan sesekali berputus asa. Akan terus berjuang untuk mencapai impian. Saya berharap, saya akan terus sihat dan dimurahkan rezeki. Amin.
Kereta, Aset Atau Liabiliti
Saya tinggal berhampiran tempat kerja. Lebih kurang 2 minit berjalan kaki. Rasanya saya tidak perlukan kereta kerana dalam situasi sebegini, kereta tersebut hanya menjadi liabiliti kerana jarang digunakan. Ini pendapat saya.
Tapi jika anda membeli kereta kerana ingin berkerja secara sambilan sebagai pemandu grabcar atau uber, mungkin ianya berbaloi kerana ianya memberikan pulangan. Sekurang kurangnya, duit loan bulanan kereta boleh bayar dengan cara ini. Bahkan mungkin lebih. Kalau macam ini, kereta boleh dianggap sebagai aset.
Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang
Pada zaman Nabi Muhammad SAW, harga seekor kambing ialah satu dinar. Hari ini, harga seekor kambing tetap bersamaan dengan satu dinar. Maksudnya, emas mengekalkan kuasa belinya.
Dengan nilai mata wang yang tidak menentu dan kadar inflasi yang sentiasa meningkat, rasa menyimpan emas dalam bentuk dinar dan bar adalah pilihan yang tepat berbanding menyimpan wang dalam bank. Sekurang kurangnya, kuasa beli emas sentiasa kekal kerana kalis inflasi. Nampaknya, saya perlu mendalami ilmu tentang emas. Hakikatnya, emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang.
Jumaat, 14 April 2017
Ronaldmohoni.com Kembali
Hampir 5 tahun saya menghilang dalam dunia blogging. 5 tahun saya menunggu untuk kembali. Bukan kerana kecewa tapi 5 tahun domain ronaldmohoni.com menjadi milik orang lain. Satu kesilapan yang tidak patut diulangi. Semua ini menjadi pengajaran yang berguna dan menjadi pedoman.
Perasaan bercampur campur, ibarat rojak restoran jawa. Terharu, gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan oleh yang maha esa untuk terus mencoret dan berbicara di alam maya.
Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!
Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...
-
Alamak, lama tidak update blog. Tidak apa, hari ini saya nak update blog. Ya, hari ini saya hendak bercerita tentang Shopback. Apa itu shopb...
-
Setelah beberapa bulan melakukan comeback dalam dunia blogging, saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya melancarkan First Giveaway Dari Ron...
-
Sambil merayau kat facebook, tiba-tiba terbaca kisah seorang pemuda sabahan yang cute nih. Dulu, dia kerja di singapura sebagai tu...