Ok. Kali ini saya nak berkongsi tips berjimat cermat dan tumpuan saya adalah warga bandar, kerana hidup di bandar ini kos dan perbelanjaan tinggi berbanding kampung.
Yang pertama, kurangkan makan di luar. Cukuplah seminggu sekali makan di luar. Atau paling ekstrem sebulan sekali. Makan di luar pun kenalah pilih tempat yang murah, yang penting kenyang dan makanan tersebut menyihatkan. Tapi paling bagus masak jelah kat rumah.
Yang kedua, apabila membeli barang keperluan, belilah di tempat yang berpatutan harganya. Jika kedai tersebut ada menyediakan member card untuk pelanggan, cepat cepatlah mohon kerana selalunya dengan member card kita akan mendapat diskaun dan harga promosi.
Oklah, itu saja yang ingin saya kongsikan kerana itulah perkara yang paling asas. Sekian, saya nak masuk kerja dulu.
1 ulasan:
Tula..lagi2 student kat uni, memang kene berjimat cermat
Catat Ulasan