Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu semasa. Papar semua catatan

Sabtu, 28 Oktober 2017

Bajet 2018 Dari Kacamata Ronaldmohoni

Dari kacamata saya, bajet 2018 tidak ada kejutan. Namun saya tertarik dengan beberapa perkara:-

1. ADAM50: Anak yang lahir dari Januari 2018 hingga December 2022 akan mendapat rm200 dalam bentuk pelaburan yang akan dilaburkan di dalam ADAM50. Isteri saya cakap, sudah sampai masanya untuk menimang cahaya mata. Pendapat saya, berapalah sangat rm200 tu.

2. BR1M: Kekal, tiada kenaikan. Harap-harap harga barang pun tiada kenaikan.

3. PTPTN: Diskaun 20 peratus jika bayar habis, dilanjutkan sehingga December 2018. Harap-harap, 2018 hutang PTPTN saya selesai. Kepada peminjam PTPTN, pandai pinjam pandai bayar, hutang mesti bayar.
Faham.

4. Buku bebas dari gst: Ya ini saya suka, harap-harap harga buku akan semakin murah, sebab saya ini ulat buku, bolehlah saya membeli buku dengan lebih kerap.

5. Kedai Rakyat 1 Malaysia: Bilangan KR1M akan ditambah. Nampaknya bolehlah saya mengintai peluang, mana tahu mendapat peluang untuk memilik KR1M.

Rasanya 5 perkara ini sahaja menarik perhatian saya. Akhir sekali, tiada guna pembangunan infrastuktur jika rakyat banyak yang hidup susah dan kerajaan harus adil, jangan hanya lebihkan kakitangan awam. Sekian.

Selasa, 8 Ogos 2017

3 Sebab Saya Suka GrabCar

OK. Kali ini saya hendak kongsi tentang 3 sebab saya suka GrabCar. Saya tidak mahu bercakap panjang lebar, berikut 3 sebab saya suka Grabcar:-

1. Perkhidmatan yang pantas. Ya, kebanyakkan pemandu GrabCar memberikan perkhidmatan yang pantas. Mereka tidak gemar membuang masa dengan menggambil laluan yang jauh. Walaupun pantas, tapi selamat.

2. Harga perkhidmatan yang pasti. Jika harga Rm5 dinyatakan di dalam app GrabCar, maka Rm5 yang perlu dibayar. Setakat ini saya belum pernah ditipu.

3. Promo Code. Yang ini saya suka, GrabCar sentiasa memberikan promo code kepada pelanggannya.

3 perkara ini sudah cukup untuk saya setia dengan GrabCar. Walaupun ada yang mengatakan uber lagi murah, tapi saya masih yakin dengan GrabCar yang sentiasa telus dalam memberikan perkhidmatan. Sekian.

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...