Jumaat, 28 April 2017

Tukang Masak Jana RM36,380 Secara Online

Sambil merayau kat facebook,  tiba-tiba terbaca kisah seorang pemuda sabahan yang cute nih. 

Dulu,  dia kerja di singapura sebagai tukang masak.
Kerja di singapura nih, gaji besar,  tapi mungkin kerana tekanan kerja, dia ambil keputusan ikut kawan buat bisnes tapi gagal.
Lepas tu,  dia belajar benda baru,  dan akhirnya berjaya menjana RM36,380 secara online. Ikuti kisah dia di kejayaanaffiliate.com(klik). 

Khamis, 27 April 2017

Skim Cepat Kaya

Bila bercerita tentang skim cepat kaya,  saya terkenang tahun 2007. Pada tahun tersebut Bank Negara berkerja keras mengengkang skim skim pelaburan yang menyerupai skim cepat.

Saya sendiri, secara peribadi pernah menyertai skim skim ini pada waktu itu. Antaranya JinLi Capital dan EaIndex, yang memberikan pulangan setiap hari, lebih kurang 1.8%. Ketika itu saya sedang menuntut di sebuah IPT. Berbekalkan duit pinjaman PTPTN, saya menyertai kedua dua program ini. Malangnya, dua bulan skim ini tidak membayar pesertanya. Selepas itu pihak kerajaan bertindak menyekat laman web skim tersebut.

Sejak itu saya tidak lagi percaya dengan pelaburan yang menyerupai skim ini,  tidak kira berasaskan wang, emas dan harta benda, jika ianya menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi sehingga melebihi 20% setahun, menjanjikan tiada sebarang kerugian,  ianya adalah skim cepat kaya. Sekiaan.

Ahad, 23 April 2017

Takaful, Simpanan Dan Pelaburan

Baru-baru ini, saya telah membuka akaun Maybank yang baru. Semasa membuka akaun baru, pihak Maybank telah menawarkan salah satu produk mereka iaitu Takaful+Simpanan+Pelaburan, serendah RM100 sebulan.

Tanpa berfikir panjang, saya melanggan produk tersebut serendah RM100, kerana saya belum memilik takaful. Saya juga terpaksa melakukan simpanan paksa dan setiap tahun akan dibayar dividen 3% hingga 9% setahun.

Yang menariknya, dari RM100, hanya 30% dicarumkan didalam takaful untuk tahun pertama dan 70% simpanan+pelaburan. Tahun kedua, hanya 15% dicarumkan didalam takaful dan 85% simpanan+pelaburan. Tahun ketiga, 100% simpanan+pelaburan, takaful tidak perlu lagi, cukup dua tahun.

Walaupun kita hanya mencarum takaful selama 2 tahun, kita akan mendapat perlindungan jika hilang upaya, mati dan menghidap salah satu dari 16 penyakit kritikal, selagi kita melakukan simpanan dan tidak menamatkannya. Opps, saya bukan ejen ya, saya sendiri melanggan produk ini. Sekian.

Simpan Duit Secara Paksa

Kebanyakan buku tentang perancangan kewangan peribadi banyak menyatakan tentang tips pengurusan kewangan yang betul, antaranya simpan dahulu baru berbelanja, simpan 10 peratus gaji, teknik sampul dan macam macam lagi.

Namun, adakan tips ini mampu dilaksanakan? Hakikatnya, tidak ramai yang mampu melaksanakan tips ini, terutama sekali golongan bumiputera.

Mahu tidak mahu, teknik yang paling sesuai ialah simpan secara paksa. Contohnya, kita boleh membeli emas dinar atau bar sebagai teknik menyimpan secara paksa dan selalunya kita tidak akan menjual emas tersebut dalam jangka terdekat, paling lama 2 tahun. Rasanya ada lagi cara untuk menyimpan secara paksa, mungkin anda boleh berkongsi diruangan komen. Sekian.

Khamis, 20 April 2017

Mengajar Isteri Blogging

Seorang suami yang meminati blogging seharusnya mengajar isteri blogging agar si isteri memahami apa yang si suami lakukan.

Itu yang saya lakukan. Supaya isteri tahu apa yang saya lakukan. Supaya isteri faham kenapa saya meminati blogging. Apabila isteri faham, kerja blogging senang dilakukan. Sekurang kurangnya, tidaklah dituduh melakukan kerja yang tidak berfaedah.

Selasa, 18 April 2017

Buka Akaun RHB Dan Maharani

Hari ini, hari offday. Tidak banyak perkara yang dilakukan. Hanya pergi RHB Bank dan jalan jalan cuci mata, ditemani isteri tercinta.

Buka akaun RHB Bank pun sebab terpaksa. Kerana hanya bank ini yang ada kerjasama sepenuhnya dengan Paypal. Mahu berjinak jinak dengan ebay, jadi kenalah buat akaun Paypal.

Lepas tu, window shoping kat Center Point, Kota Kinabalu. Beli maharani, ikutkan hati, nak beli online, tapi stock selalu sold out, jadi mahu tidak mahu, beli sajalah sebab sudah janji dengan isteri.

Lepas tu, duduk duduk dekat growball bowling center. Layan karip dan minkaffe. Itu sajalah. Tak kan semua benda pun nak cerita. Sekian.

Ahad, 16 April 2017

Simpanlah Duit Syiling

Jika susah sangat menyimpan wang,  simpan sajalah duit syiling ke dalam tabung sebagai cara memupuk sikap menyimpan.

Saya tidak hairan. Di Malaysia ini,  terutama melayu dan bumiputera, budaya menyimpan itu kurang memberangsangkan. Jika susah sangat menyimpan, mulakan dengan menabung duit syiling. Semua duit syiling yang diperolehi,  simpanlah ke dalam tabung.  Hujung tahun baru kira dan masukkan ke dalam ASB, Tabung Haji dan yang seangkatan dengannya. Sekian.

Sabtu, 15 April 2017

Ulang Tahun Kelahiran Yang Ke-33 Tahun

Tidak disangka, usia saya telah mencecah angka 33. Bersyukur kepada Allah kerana atas izinnya saya masih lagi bernafas di bumi ini.

Dalam hidup ini, masih banyak lagi perkara yang belum dicapai. Tapi tidak akan sesekali berputus asa.  Akan terus berjuang untuk mencapai impian. Saya berharap,  saya akan terus sihat dan dimurahkan rezeki.  Amin.

Kereta, Aset Atau Liabiliti

Saya tinggal berhampiran tempat kerja. Lebih kurang 2 minit berjalan kaki. Rasanya saya tidak perlukan kereta kerana dalam situasi sebegini,  kereta tersebut hanya menjadi liabiliti kerana jarang digunakan. Ini pendapat saya.

Tapi jika anda membeli kereta kerana ingin berkerja secara sambilan sebagai pemandu grabcar atau uber,  mungkin ianya berbaloi kerana ianya memberikan pulangan. Sekurang kurangnya,  duit loan bulanan kereta boleh bayar dengan cara ini. Bahkan mungkin lebih. Kalau macam ini,  kereta boleh dianggap sebagai aset.

Emas Sebagai Simpanan Jangka Panjang

Pada zaman Nabi Muhammad SAW,   harga seekor kambing ialah satu dinar.  Hari ini,  harga seekor kambing tetap bersamaan dengan satu dinar. Maksudnya,  emas mengekalkan kuasa belinya.

Dengan nilai mata wang yang tidak menentu dan kadar inflasi yang sentiasa meningkat,  rasa menyimpan emas dalam bentuk dinar dan bar adalah pilihan yang tepat berbanding menyimpan wang dalam bank. Sekurang kurangnya, kuasa beli emas sentiasa kekal kerana kalis inflasi.  Nampaknya, saya perlu mendalami ilmu tentang emas. Hakikatnya,  emas sesuai dijadikan simpanan jangka panjang.

Jumaat, 14 April 2017

Ronaldmohoni.com Kembali

Hampir 5 tahun saya menghilang dalam dunia blogging. 5 tahun saya menunggu untuk kembali. Bukan kerana kecewa tapi 5 tahun domain ronaldmohoni.com menjadi milik orang lain. Satu kesilapan yang tidak patut diulangi. Semua ini menjadi pengajaran yang berguna dan menjadi pedoman.

Perasaan bercampur campur,  ibarat rojak restoran jawa.  Terharu, gembira dan bersyukur kerana diberi kesempatan oleh yang maha esa untuk terus mencoret dan berbicara di alam maya.

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...