Bila bercerita tentang skim cepat kaya, saya terkenang tahun 2007. Pada tahun tersebut Bank Negara berkerja keras mengengkang skim skim pelaburan yang menyerupai skim cepat.
Saya sendiri, secara peribadi pernah menyertai skim skim ini pada waktu itu. Antaranya JinLi Capital dan EaIndex, yang memberikan pulangan setiap hari, lebih kurang 1.8%. Ketika itu saya sedang menuntut di sebuah IPT. Berbekalkan duit pinjaman PTPTN, saya menyertai kedua dua program ini. Malangnya, dua bulan skim ini tidak membayar pesertanya. Selepas itu pihak kerajaan bertindak menyekat laman web skim tersebut.
Sejak itu saya tidak lagi percaya dengan pelaburan yang menyerupai skim ini, tidak kira berasaskan wang, emas dan harta benda, jika ianya menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi sehingga melebihi 20% setahun, menjanjikan tiada sebarang kerugian, ianya adalah skim cepat kaya. Sekiaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan