Saya tinggal berhampiran tempat kerja. Lebih kurang 2 minit berjalan kaki. Rasanya saya tidak perlukan kereta kerana dalam situasi sebegini, kereta tersebut hanya menjadi liabiliti kerana jarang digunakan. Ini pendapat saya.
Tapi jika anda membeli kereta kerana ingin berkerja secara sambilan sebagai pemandu grabcar atau uber, mungkin ianya berbaloi kerana ianya memberikan pulangan. Sekurang kurangnya, duit loan bulanan kereta boleh bayar dengan cara ini. Bahkan mungkin lebih. Kalau macam ini, kereta boleh dianggap sebagai aset.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan