Isnin, 21 Ogos 2017

Perkara Yang Saya Lakukan Jika Menjadi Majikan

Bukan angan angan, tapi impian. Manalah tahu satu hari nanti saya akan membuka perniagaan sendiri dan mempunyai ramai pekerja, maka perkara yang akan saya lakukan jika menjadi majikan ialah:-

1. Membenarkan pekerja membawa handphone. Ada sesetengah majikan tidak membenarkan pekerja membawa membawa dan menggunakan handphone. Tapi pada pendapat saya, selagi pekerja dapat memberikan tumpuan kepada pekerjaan, selagi itu penggunaan handphone akan saya benarkan. Handphone adalah alat untuk berhubung yang penting.

2. Kursus Pengurusan Kewangan Peribadi. Selama saya berkerja dengan beberapa majikan, belum pernah ada majikan yang memberikan kursus pengurusan kewangan peribadi kepada pekerja. Jika saya majikan, saya akan paksa pekerja untuk menyertai kursus ini. Kerana ramai pekerja yang menghadapi masalah kewangan sehingga menjejaskan tugas mereka dalam pekerjaan.

3. Setiap Tahun Ada Kenaikan Gaji. Walaupun kenaikan gaji sedikit, saya tetap akan naikkan gaji, dari 1% hingga 10% dari gaji asal, bergantung kepada prestasi.

4. Elaun Kehadiran. Mana-mana pekerja yang tidak pernah lewat masuk kerja dan tidak ponteng kerja, saya akan berikan elaun kehadiran setiap bulan.

Banyak lagi yang bermain difikiran. Tapi ini yang paling penting. Sekian saja untuk kali ini.

2 ulasan:

mamapp berkata...

Semoga murah rezeki dpt JD majikan. Nnti mama boleh apply keje

Nisa berkata...

InshaAllah, majikan yang baik dan suka bertoleransi pasti disukai ramai pekerja.

http://panphila.blogspot.my

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...