Jumaat, 20 Oktober 2017

Blogger.com Atau Wordpress

Hari ini saya ingin berkongsi tentang Blogger.com dan WordPress. Kedua-keduanya saya pernah gunakan. Untuk pengetahuan, ronaldmohoni.com bermula pada November 2010, menggunakan WordPress yang diinstal pada server yang disewa. Setelah dua tahun dalam dunia blogging, saya menghilangkan diri dan tidak aktif lagi akibat beberapa masalah sehingga saya kehilangan domain ronaldmohoni.com. Ya, April 2017 saya kembali, Kali ini saya memilih untuk menggunakan blogger.com sebagai server, padahal satu ketika dulu, saya pernah mengecam pengguna blogger.com sebagai blogger yang tidak akan pergi jauh.

Pertama, saya nak sentuh tentang blogger.com. saya mengakui, medium blogger.com ini mudah digunakan dan amat sesuai untuk individu yang baru ingin berjinak-jinak dalam dunia blogging. Ianya percuma, dan anda boleh memilih untuk membeli domain dan dikonfigurasikan atau sekadar menggunakan nama domain yang panjang tapi percuma. Buatlah sebanyak mana post, tariklah seberapa banyak pelawat, tidak ada bayaran yang akan dikenakan oleh pihak blogger.com. tetapi, jika anda bernasip malang, kebarangkalian untuk anda kehilangan blog agak tinggi, ini kerana Kadang-kadang pihak blogger.com akan menghapuskan blog anda jika mereka merasakan blog anda menyalahi peraturan mereka, sahabat saya sendiri pernah mengalami situasi sebegini. Jika ada yang mengatakan pengguna blogger.com lebih mesra dengan enjin carian, bagi saya tidak, saya rasa sukar untuk menewaskan WordPress dalam hal SEO.

 Seterusnya, saya ingin menyentuh tentang WordPress yang diinstal di server/hosting. Bila bercerita tentang WordPress, bersedialah untuk mengeluarkan Wang untuk membeli domain dan menyewa hosting. Kadang-kadang bila server yang disewa telah mencecah limit disk space, penggunaan server terpaksa menambah bayaran. Kebarangkalian untuk blog digodam juga tinggi berbanding pengguna blogger.com, jadi anda mestilah berhati-hati dalam hal pemilihan hosting. Tetapi saya akui, teknik SEO WordPress mudah dikuasai.

 Kesimpulanya, jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia blogging, blogger.com adalah sesuai. Tetapi jika anda bercita-cita untuk pergi jauh dalam dunia blogging dan ingin menjana pendapatan yang lumayan, wordpesslah jawapannya. Sekian.

 P/S-Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya menggunakan blogger.com, ada masa saya cerita.

4 ulasan:

Mrs Pip berkata...

saya pernah guna wordpress, tapi tidak pandai sangat ...
blogger lebih friendly bagi mrs pip yang baru berblog...
tapi mmg wordpress lebih menarik berbanding blogger.

E'in berkata...

oooo.. macam tu rupenye perbezaan.. tapi macam e'in malas nak pening-pening kepala pakai aje blogger.com ek..

curiostraveller berkata...

Hi Ronald.. ya true.Banyak wang untuk wordpress.com lebih lebih lagi yang unlimited business plan seperti kami. Tambah lagi kadar tukaran. Tapi entah kenapa saya agak selesa juga dengan wp ni. Entahlah. Lan, curiostraveller.com

precious cla berkata...

Tidak peduli pada perbezaannya, yang penting enjoy pada penulisan (gituuu) haha

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...