Saya masih lagi berfikir, lesen memandu atau laptop baru. Kerana kedua duanya saya perlukan. Nak ambil serentak, baget mungkin lari.
Saya sedar, saya memerlukan lesen memandu secepat mungkin, kerana tanpa lesen memandu, saya sukar memilik kenderaan sendiri, tanpa kenderaan sendiri saya sukar untuk pergi lebih jauh dalam peningkatan kerjaya. Contohnya saya memohon jawatan penolong pengurus cawangan di 99 Speedmart, saya layak tapi dengan syarat mestilah memiliki kenderaan sendiri.
Sudah 2 tahun laptop saya rosak, dan setelah saya mengambil keputusan untuk melakukan comeback dalam dunia blogging, rasanya saya memerlukan laptop baru agar lebih mudah update blog. Semenjak kembali kedunia blogging, saya hanya update blog mengguna smartphone dan sekali sekala ke cyber cafe. Update blog dengan smartphone agak lambat sedikit, dan banyak benda yang sukar dilakukan. Sekurang-kurangnya, jika ada laptop baru, saya mungkin mampu memiliki blog dalam pelbagai kategori.
Harap-harap saya mampu memiliki kedua-duanya dalam masa terdekat, agar impian terlaksana. Sekian untuk hari ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!
Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...
-
Setelah beberapa bulan melakukan comeback dalam dunia blogging, saya rasa, sudah tiba masanya untuk saya melancarkan First Giveaway Dari Ron...
-
Alamak, lama tidak update blog. Tidak apa, hari ini saya nak update blog. Ya, hari ini saya hendak bercerita tentang Shopback. Apa itu shopb...
-
Saya sudah janji untuk mengadakan giveaway sempena bulan kemerdekaan, dan saya mestilah menepati janji saya. Syarat-syarat penyertaan: ...
4 ulasan:
semoga berjaya dpt kedua-duanya...
Lesen memandu lebih penting.
lesen memandu d utamakan..sbb mana tau nanti2 naik lagi yurannya
Dua-dua penting tu. Tapi kalau dengan blog boleh buat duit, baik utamakan yang boleh hasilkan duit dulu
Catat Ulasan