Selasa, 24 Oktober 2017

Lelaki Mesti Pandai Masak

Dulu, masa umur 10 tahun, saya sudah boleh memasak. Masak nasi, goreng telur, goreng ayam, masak pucuk ubi kayu dan apa saja yang mudah dimasak. Ini berlaku kerana bapa dan mama saya sememangnya mendidik kami adik beradik untuk belajar memasak. Pernah satu ketika saya mengeluh, dan berkata, "Ini semua kerja perempuan bukan kerja lelaki", mama saya cakap, " lelaki pun mesti belajar masak, supaya boleh berdikari". Sudah semestinya saya bersyukur, kerana saya dididik untuk pandai memasak.

Bila saya dewasa baru saya faham, ilmu memasak itu penting walaupun perkara basic. Saya beri dua contoh:-
1. Semasa menuntut di sekolah menengah dan tinggal di asrama ada seorang warden asrama lelaki, tidak tahu memasak, ditakdirkan isterinya jatuh sakit dan dimasukkan ke wad hospital selama seminggu. Oleh kerana beliau tidak tahu memasak maka terpaksalah beliau membeli makan di restoran untuk anak anak dan diri sendiri. Seminggu beli makanan diluar sangatlah membazir.
2. Semasa melanjutkan pelajaran di IPT, saya menyewa rumah bersama rakan-rakan. Ditakdirkan adalah seorang rakan nih, langsung tidak boleh masak. Masak nasi pun tidak tahu, goreng telur pun tidak tahu dan dia mengharapkan belas kasihan para sahabat untuk menyediakan makanan ataupun terpaksa makan maggi rendam air panas.

So, lelaki mesti pandai masak, sekurang-kurangnya tahu masak nasi dan telur goreng. Sekurang- kurangnya bila kita berjauhan dengan keluarga bolehlah berdikari memasak sendiri. Kalau sudah kahwin, bolehlah tolong isteri masak jika isteri penat, isteri bukan orang gaji, jangan double saja tahu, tapi masak tidak tahu. Sekian.


2 ulasan:

ai berkata...

Betul.. kalau tak hebat pun mesti kena tahu memasak.. senang nak jaga isteri dalam pantang nanti.

Mrs Pip berkata...

betul tu, lelaki atau perempuan, mesti tau masak...
saya tak pandai masak, suami saya pandai masak,
so bila kami kawin, saya belajar semua bab masak dari suami saya ...
hurm, memang rugi saya rasa coz tak pandai memasak ...
tapi sekarang, suami saya dah tak perlu nak masuk dapur,
coz saya dah curi ilmu memasak dari dia :))

Lazada 11.11 Blogger Contest: The Biggest One Day Sale!

Akhirnya kita bertemu lagi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang sale besar-besaran di Lazada. Lazada kembali lagi dengan Lazada 11.11 Blo...